Stadium Mazda
Stadium Mazda

Stadium Mazda

Stadium Mazda Hiroshima (MAZDA Zoom-Zoom スタジアム広島, Matsuda Zūmu-Zūmu Sutajiamu Hiroshima), juga dipanggil Stadium Perbandaran Hiroshima Baru (広島市民球場, Shin-Hiroshima Shimin Kyūjō), merupakan stadium besbol yang terletak di Minami-ku, Hiroshima, Jepun. Stadium ini digunakan lebih kepada sukan besbol dan ia merupakan gelanggang bagi pasukan Hiroshima Toyo Carp di Liga Pusat Jepun. Stadium ini memiliki kapasiti sebanyak 32,000 orang dan ia dibuka pada 10 April 2009. Stadium ini telah menggantikan Stadium Perbandaran Hiroshima Pertama dan pada awalnya, ia mengekalkan nama lama stadium tersebut. Reka bentuk stadium ini dianggap sebagai stadium retroklasik.[1]Pada 6 November 2008, Bandar Hiroshima menyerahkan hak nama stadium ini kepada Mazda Motor Corporation. Pada Oktober tahun yang sama, Mazda mengusulkan cadangan untuk menamakan stadium ini sebagai MAZDA Zoom-Zoom Stadium Hiroshima antara tempoh 1 April 2009 dan 31 Mac 2014. Pada 24 Disember 2008, Mazda memulakan kontrak bersama Bandar Hiroshima mengenai nama stadium dan melakukan nama ringkas stadium "Mazda Stadium (マツダスタジアム)". Nama "Zoom-Zoom" merujuk kepada kempen pemasaran yang dilakukan oleh Mazda.

Stadium Mazda

Pemilik Hiroshima City
Lokasi 2-3-1 Minami-Kaniya, Minami-ku, Hiroshima, Jepun
Dibuka 10 April 2009
Kapasiti 32,000
300 untuk kerusi roda
Tempat duduk padang
Nama penuh Stadium Perbandaran Hiroshima
Pentadbir Hiroshima Toyo Carp
Saiz Padang Kiri Padang - 101 meter (331 ka)
Kiri-Pusat - 116 meter (381 ka)
Pusat Padang - 122 meter (400 ka)
Kanan-Pusat - 116 meter (381 ka)
Kanan Padang - 100 meter (328 ka)
Kontraktor utama Penta-Ocean Construction Co., Ltd.
Masuoka Architectural Constructors Inc
Arkitek Masuoka Architectural
Transit awam JR West:
Sanyo Shinkansen
 R  Sanyo Main Line
di Hiroshima
Permukaan rumput